GENG ANIS WANIEE

KENALI JEJAKA MATA KERANJANG


ROMANTIS
sidia nampak sopan santun dan sempurna di mata kamu,kononya takda cacat cela ar sehingga kamu pun mudah cair atau terpikat. Si dia mengaburi mata kamu daripada melihat dirinya yang sebenar. Maklumla trick orang nak mengorat. tapi kejap je sebab takkan bertahan lama sebab lama-kelamaan dorang ni akan menujukkan taringnya yang sebenarnya kepada kamu.time tu hilang ar kata-kata manis buat kamu so hati-hati dengan jejaka yang pandai menganyat ni...
BERGAYA
nampak bergaya n kaya dengan harta benda...padahal poket kosong...so jangan mudah terpedaya kalau boleh selidik dulu bergaya tu betul-betul berduit or bergaya pinjaman semata-mata. Kalau ada pun hanya sebagai pelaburan awal untuk memikat lepas tu silap-silap korang plak kena belanja si mata keranjang ni.


MUNGKIR JANJI
Awal-awal boleh la si dia berjanji itu dan ini dengan kamu ..maklum la kena ar pandai memikat tetapi bila mencecah tiga bulan bulan pasti sidia akan memungkiri janji dan mula mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada kamu.

CIPTA ALASAN
Habis madu sepah dibuang, itulah gambaran sebenar diri kamu tika ini. Bila dah dapat apa yang diigini semua akan bertukar sekelip mata. time kamu mula terhidu rancangan jahatnya pasti pelbagai alasan yang akan cuba sidia bangkitkan supaya kesalahan tu bukan daripadanya.

AMBIL KESEMPATAN
Yang ni paling bahaya dan cukup melampau, lagi-lagi kalau baru berjumpa dah berani nak sentuh-sentuh kamu terutama di bahagian sensitif. so kalau boleh jangan la kamu mudah hanyut dengan lelaki macam ni sebab nanti kita yang akan sengsara.

PINJAMAN
bayangkanlah baru sebulan mengenalinya sidia dah berani pinjam wang dengan kamu atas alasan duit gajinya masih belum masuk,kad bank rosak dan macam-macam lagi alasan la.Sedangkan ampa baru je kenali so fikir-fikirkan la dengan lelaki macam ni....nanti hidup ampa yang merana...

TAMPAN
selalunya wajah yang tampan mesti diminati banyak gadis kat luar sana. Tapi sebab dah wajah tampan so nak layan pun mesti la perempuan yang berpoket tebal tak cantik pun dorang tak kisah. So awas la pape pun selik dulu hati budi sidia supaya tak menyesal dikemudian hari

IDENTITI
pernah tak kamu bertanya mengenai ahli keluarganya tetapi sidia berdolak-dalih untuk menjawabnya dan segera menukar topik. Maka awas pasti ada sesuatu yang sidia cuba untu menipu kamu daripada terkantoi...so fikir-fikir la ye sebab terlanjur menyintainya supaya anda tidak terluka...


RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN LAAAA


TERIMA KASIH,JOM KOMEN

Tiada ulasan: