GENG ANIS WANIEE

tip ketika ditemuduga

baru-baru ni anis pergi la dua interview di perodua rawang, dapat lain-lain jawatan..segala peluang yang ada kita kena rebut jangan biar terlepas sebab sesi interview kira sesi awal untuk kita bekerja...ok la meh nak berkongsi tips sikit....ingat tau ni tip masa temuduga tu kira persediaan anda sebelum ditemuduga...
1) berpenampilan bagus/kemas
- nak tau nape anis cakap macam ni...masa interview tu org yang interview kita tu akan tengok kita atas   bawah kot..sebab dari situ dia dapat tau kita ni jenis menjaga penampilan ke tak..kalau gigirl plak makeup la sikit bagi nampak muka ceria tak la nampak macam muka tak bermaya je...tapi bila dah bergaya tu jangan over plak...opstttt.....
2) bersedia untuk memperkenalkan diri
  - time interview mesti akan ada sesi memperkenalkan diri, mengenai latarbelakang keluarga, pengalaman kerja kalau boleh korang bersedia la siap-siap untuk menjawap soalan tu biar orang yang akan interview kita tu nanti seronok untuk mendengarnya...sebelum interview yang jawapan tentang diri korang tu practise depan cermin supaya korang akan tampil yakin dan berani.
3) ulangkaji tentang tempat kerja tersebut terlebih dahulu
- time ni kalau korang tak study tentang tempat keje yang korang apply tu..susah la kalau tak tau banyak pun tau sikit-sikit pun jadi la...contoh tu company apa? sapa pengarahnya kalau company besar? penjualan atau servis apa di company tu? kira kena tau la sikit...
4) dokumen yang lengkap
- time interview tu bawa la dokumen lengkap seperti apa yang pihak company tu mintak..kalau tak lengkap nanti dia fikir anda tidak serius untuk bekerja disitu...
5) yakin, berani, peramah
- sikap ni perlu ada kalau anda mahukan diri anda dilayan dengan bagus ketika sesi interview...sebab sikap seperti berikut akan membuatkan orang yang interview kita selesa untuk berkomunikasi dengan anda
6) ucapkan terima kasih selepas di interview sebab itu amalan mulia

:) ok la selamat mencuba
TERIMA KASIH,JOM KOMEN